Thursday, September 30, 2010

our calculation

we try to calculate the boyancy force of the raft ..


the weight of our bamboo raft:
 the bamboo radius =4cm=4x10-2m
height=2.2m
there is 7 bamboo that we used
 volume of cylinder = 1/27x r2 x7
                             =1/27x(4x10-2)2x 2.2 x7
                             =0.7774m3


volume tyre :0.14137m3


volume of dome used : h=1.2m ,r=1x10-2m
                                 : 1/27x (1x10-2)2x 24x
                                 :9.0478x10-3m3
total volume:0.9278 m3
                   :927.8178dm3
                   :927.8178 l


0.96kg=1l , 890.71kg


our weight= 60+47+46=153kg


total weight  :1043.71 kg


the law of water displacement:
weight of object =the volume of water displaced


the total water displaced is 1087.2 l

Wednesday, September 22, 2010

KALEIDOSCOPE DOME : FINAL PART

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah,finally kita tiba ke final part dimana craft ini akan di 'launch' kan di kolam mandi lama USM...
Pada awal pagi lagi kami boleh lihat semangat berkobar-kobar pelajar-pelajar RAG132 bersedia untuk menguji craft masing-masing. Tetapi kami perlu menghadiri kuliah RAG132 dahulu yang dikawalselia oleh Puan Wan Mariah(terima kasih kerana bersabar dengan sifat student yang dah tak boleh focus dah dalam kelas tadi). 
Tepat jam 11.30AM En Wan B mengeluarkan arahan baru dimana berlakunya pertukaran dalam perjalanan ke Kolam Lama tersebut. Penat untuk membawanya tidak terkira....
Setibanya disana 'KAMI' mulakan operasi memasang Dome dan mengambil nombor giliran kerana giliranya 'first come, first serve'... Oleh itu kumpulan 'KAMI' mendpat giliran yang ke 33...Disebabkan masih lambat lagi giliran kami...apalagi "its time f0r s0ruuu la"...kami singgah ke kafe berdekatan untuk mengisi perut.
Setibanya disana kumpulan kami masih belum dipanggil dan akhirnya En Wan B memberi keutamaan kepada mana-mana kumpulan yang bersedia untuk menguji terlebih dahulu. Maka kami menawarkan diri...
Alhamdulillah,walaupun sedikit gentar kami berjaya untuk terapung pada mulanya dan mula tidak dapat stabil apabila disuruh berdiri. Kami mempunyai keupayaan untuk berdiri tetapi hanya untukseketika cuma.
Setelah ujian tamat,kami berasa hilang segala beban di dada meskipun badan terasa begitu penat dengan projek kali ini tetapi ianya membawa pengalaman yang sangat-sangat bermakna kepada kami. Mengajar kami sifat kerjasama dan lain-lain nilai yang dipelajari.
So,dikesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu-individu berikut yang sangat-sangat membantu dalam menjayakan projek kali ini. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian,InsyaAllah....




  • En Wan Burhanuddin (Wan B)




  • Ar Najib




  • En Wahid dan keluarga




  • En Shamsul Ariff




  • En Iskandar




  • Abang Amy




  • Dua 'Uncle' sangat-sangat berjasa




  • Staff-staff HBP........

























  •  

    FINAL PART END

    KALEIDOSCOPE DOME : PART 7

    Assalamualaikum...


    Untuk Part Ke 7 'KAMI' hanya melakukan 'final touch' terhadapa rakit khususnya iaitu dengan meletakkan 3 bija pelampung bagi mengawal tahap keapungan. Kami juga mula mengankat sedikit demi sedikit barang-barang yang berkaitan dengan craft kami dari desa ke HBP...Alhamdulillah walaupun perjalanan pada mulanya begitu sukar,kami bertuah kerana mendapat pertolongan dari orang sekeliling (kredit to dua orang UNCLE yamg kami terjumpa disebelah Jabatan Keselamatan kerana sudi menumpangkan kami menggunakan lorinya).






    PART 7 END

    Saturday, September 18, 2010

    KALEIDOSCOPE DOME : PART 6

    Assalamualaikum wbt....


    Untuk bahagian keenam kali ini,kami telah melakukan sedikit perubahan dalam pembinaan rakit (anjakan paradigma). Kami mengubah keseluruhan rancangan pembinaan rakit dan rakit yang dibina sebelum ini telah kami rungkaikan ikatannya. Hal ini disebabkan saiz dome yang dibuat tidak sesuai dengan rakit yang dibuat terlebih dahulu. Dalam pembinaan tapak kali ini kami mengutamakan ciri-ciri keapungan dan kestabilan. Oleh itu sebilangan pelampung kami digunakan bagi tujuan apungan dan 'letaknya' pelampung tersebut pada belakan rakit memastikan tahap kestabilan.







    KALEIDOSCOPE DOME : PART 5

    Assalamualaikum wbt.....


    Untuk bahagian seterusnya adalah dlam proses pembinaan dome...
    Bersama ahli kumpulan,kami cuba untuk membina dan menyatukan buluh-buluh tersebut. Seperti diterangkan pada PART 4 buluh-buluh disatukan menggunakan 'bolt and nut'. Kami cuba untuk memasang dalam tempoh 30 minit tetapi masa kami tersasar mungkin kerana cubaan pertama dan tidak mengenakan perancangan yang sesuai. Maka inilah hasilnya apabila DOME didirikan.....











    PART 5 END

    KALEIDOSCOPE DOME : PART 4

    Assalamualaikum...

    Untuk bahagian seterusnya,kami meneruskan pembinaan Kaleidoscope Dome ini dengan membina DOME..
    Setelah diteliti dan dikaji,kami membuat keputusan untuk membina Dome 1V seperti yang dirancang ada awal rancangan dimana kami turut mengaplikasikan 'alternatif En Wan B' dalam menghubungkan buluh dengan buluh yang lain. Kami telah memilih relung PVC sebagai alat penghubung kubah kami dimana kerha pengukuran,pemotongan dan lubangan dilakukan terhadap relung PVC tersebut. 'Bolt and Nut' digunakan untuk tujuan penyambungan. Kanvas turut diukur dan dijahit bagi tujuan menutup sebahagian dome. Ini adalah rentetan idea untuk perancangan pembinaan dome. 








    END PART 4

    KALEIDOSCOPE DOME : PART 3

    Assalamualaikum... 

    Untuk bahagian ke 3 kali ini kami memulakan operasi mengambil buluh dari beberapa pelajar yang mengurus perihal pembelian buluh. So,setelah  buluh ada di tangan, kami mulakan proses mengukur,memotong,menyusun dan mengikat. Mengikut perancangan awal,kami akan dahulukan bahagian tapak dahulu dimana rakit perlu dibina. 'Tiub Tayar' digunakan bagi mengikat buluh dengan buluh kerana ianya lebih kuat,kenyal d an kesat.








    maka ini hasil pengenalan kami. Untuk perancangan seterusnya kami akan mencari pelampung untuk menyumbangkan kearah keapungan. 


    Part 3 : END

    Tuesday, August 17, 2010

    KALEDOSCOPE DOME : PART 2

    Dari lanjutan tugasan yang seterusnya bersama ahli kumpulan,kami telah meanggarkan tahap kelebaran,ketinggian dan luas kawasan produk kami. Untuk melihat lebih jelas bagaimana dome yang bakal dibina,kami telah membina modelnya dahulu dimana untuk kali ini kami memilih DOME 1V. Kemudian setelah membuat anggaran panjang,untuk memudahkn tugasan kami,kami bertiga mengambil kata putus untuk membeli sahaja buluh tersebut dari mencarinya di dalam hutan. Tempahan telah dibuat tetapi masih belum diterima oleh itu tidak dapatlah gambar tersebut di tayangkan disini...
    Segala informasi turut dicari dengan lebih mendalam lagi dan alternatif Wan B mungkin turut diaplikasi oleh kami.





    Part 2 TAMAT

    KALEIDOSCOPE DOME : PART 1

    Arahan tugasan telah dikeluarkan oleh En Wan Burhanuddin Wan Abiddin keatas pelajar-palajar RAG 132 untuk membina Floating Dome dimana ianya dibina untuk persediaan kebarangkalian bencana pada 2012 akan datang atau erti kata lain 2012 DISASTER CRAFT. Terdapat beberapa kriteria yang perlu kami tepati dalam proses pembinaan produk ini. Antaranya...

    • Dome tersebut mestilah dibina daripada buluh dan mempunyai kemampuan untuk menampung ketiga-tiga ahli kumpulan kami.
    • Dome boleh dipasang siap.
    • Dome tersebut mampu dibawa hanya dari ahli kumpulan ini shaja iaitu 3 orang sahaja.
    • Dome boleh dipasang dalam mas 30 minit.
    • Jangka hayat kemampuan dome adalah selama 28 bulan.
    Untuk aktiviti pertama sebagai pertama dalam pembinaan produk ini semestinya bermula dengan PERANCANGAN. Kami bertiga telah melakukan sedikit perbincangan dalam merancang pembinaan produk ini kelak.Pembahagian tugas antara kami bertiga turut dilakukan...

    Iffah : Sebagai ketua,Iffah mencari maklumat mengenai dome ini.
    Nissa : Ditugaskan untuk melakar lakaran asas produk tersebut.
    Atiqah : Membantu dalam pencarian alat-alat dan informasi dari orang-orang yang berpengalaman.




    pencarian nama kumpulan 

                                                                     alternatif En Wan B

    Part 1 TAMAT...