Wednesday, September 22, 2010

KALEIDOSCOPE DOME : FINAL PART

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah,finally kita tiba ke final part dimana craft ini akan di 'launch' kan di kolam mandi lama USM...
Pada awal pagi lagi kami boleh lihat semangat berkobar-kobar pelajar-pelajar RAG132 bersedia untuk menguji craft masing-masing. Tetapi kami perlu menghadiri kuliah RAG132 dahulu yang dikawalselia oleh Puan Wan Mariah(terima kasih kerana bersabar dengan sifat student yang dah tak boleh focus dah dalam kelas tadi). 
Tepat jam 11.30AM En Wan B mengeluarkan arahan baru dimana berlakunya pertukaran dalam perjalanan ke Kolam Lama tersebut. Penat untuk membawanya tidak terkira....
Setibanya disana 'KAMI' mulakan operasi memasang Dome dan mengambil nombor giliran kerana giliranya 'first come, first serve'... Oleh itu kumpulan 'KAMI' mendpat giliran yang ke 33...Disebabkan masih lambat lagi giliran kami...apalagi "its time f0r s0ruuu la"...kami singgah ke kafe berdekatan untuk mengisi perut.
Setibanya disana kumpulan kami masih belum dipanggil dan akhirnya En Wan B memberi keutamaan kepada mana-mana kumpulan yang bersedia untuk menguji terlebih dahulu. Maka kami menawarkan diri...
Alhamdulillah,walaupun sedikit gentar kami berjaya untuk terapung pada mulanya dan mula tidak dapat stabil apabila disuruh berdiri. Kami mempunyai keupayaan untuk berdiri tetapi hanya untukseketika cuma.
Setelah ujian tamat,kami berasa hilang segala beban di dada meskipun badan terasa begitu penat dengan projek kali ini tetapi ianya membawa pengalaman yang sangat-sangat bermakna kepada kami. Mengajar kami sifat kerjasama dan lain-lain nilai yang dipelajari.
So,dikesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu-individu berikut yang sangat-sangat membantu dalam menjayakan projek kali ini. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian,InsyaAllah....




  • En Wan Burhanuddin (Wan B)




  • Ar Najib




  • En Wahid dan keluarga




  • En Shamsul Ariff




  • En Iskandar




  • Abang Amy




  • Dua 'Uncle' sangat-sangat berjasa




  • Staff-staff HBP........

























  •  

    FINAL PART END

    No comments:

    Post a Comment